Kami Bantu Jualkan Rumah Anda Dengan Kadar Segera

Ramai pemilik rumah yang dah cuba macam-macam cara nak jual tapi tetap tak berhasil.


Mungkin anda pun ada pengalaman seperti di bawah:



  • Ada Buat Iklan Tapi Tak Ada Yang Call: Anda dah letak iklan kat mana-mana - Facebook, Mudah.my, Instagram. Tapi kenapa tak ada seorang pun yang call tanya? Masalah ni biasanya berlaku sebab sama ada iklan tak nampak menarik atau tak sampai kepada pembeli yang sesuai.


  • Ada Yang Nak View Tapi Selalu Sibuk Dengan Kerja: Kadang-kadang ada yang minat, tapi masa nak view rumah, asyik clash dengan jadual kerja. Mana sempat nak uruskan proses jualan kalau setiap hari sibuk dengan kerja hakiki?


  • Ada Pembeli Tapi Loan Kena Reject: Dah jumpa pembeli yang minat, semua dah macam ok. Tapi last-last, loan pembeli kena reject. Memang patah hati bila fikir dah nak laku tapi takjadi sebab masalah pembiayaan.


  • Harga Rumah Dah Ada Tapi Tak Tau Market Value: Anda nak letak harga tapi tak pasti sama ada berpadanan dengan nilai pasaran sebenar? Kalau tersilap anggaran, boleh menyebabkan rumah lambat laku atau rugi.

  • Kawasan Rumah Baru Tapi Kawasan Ni Banyak Rumah Nak Jual: Kawasan baru, tapi nampaknya semua jiran pun nak jual rumah. Persaingan makin sengit, dan ini boleh melambatkan proses jualan korang.


  • Harga Rumah Ikut Market Value Dah Tapi Mungkin Rumah Ada Kerosakan: Harga dah betul tapi pembeli tak berminat sebab nampak rumah macam tak terurus atau ada kerosakan. Ini salah satu faktor yang boleh menjauhkan pembeli.


Sekarang dah tahu kan apa punca masalah rumah masih lagi tak terjual?


Jadi macam mana nak selesaikan?


Jangan risau. 


Setiap masalah ada penyelesaian & juga potensi yang mungkin anda tak sedar.


Cuba tengok berita ini.



Pasaran hartanah sekarang menunjukkan trend bahawa ramai orang cenderung untuk beli rumah subsales sama ada untuk own stay atau pelaburan.


Ini peluang untuk anda yang ada rancangan nak jual rumah!


Jom saya bantu anda.


Bagaimana caranya? Ini yang saya akan buat:


Tetapkan Harga Yang Betul

Nak tetapkan harga ni memang pening kepala. Terlalu mahal, orang lari. Terlalu murah, kita rugi. Jangan risau, Sifu akan buat kajian pasaran yang detail. Nanti kita tentukan harga yang 'just nice' - menarik minat pembeli tapi anda pun untung.

Rancang Strategi Jualan

Anda pasti nak tahu berapa lama nak tunggu, berapa kos terlibat, dan akhirnya, berapa hasil yang anda boleh dapat, kan? Sifu akan pastikan anda faham setiap aspek. Dengan perancangan teliti, impian anda selepas jual rumah tu boleh jadi kenyataan!

Kos Pengiklanan Ditanggung Sepenuhnya

Promosi adalah 'game changer'! Saya akan pastikan rumah anda diiklankan di mana-mana - portal hartanah, media sosial, dan jaringan lebih 1211 agen hartanah di bawah kendalian saya. Yang bestnya, saya ada bajet khas untuk iklan berbayar. Saya sanggup 'bakar duit' untuk pastikan rumah anda dijual dengan segera!

Proses Lancar Tanpa Risau

Setiap prospek pembeli ada 'peel' sendiri. Saya akan saring yang betul-betul layak. Anda pun akan diperkenalkan dengan peguam dan jurubank yang top-notch. Dari tandatangan perjanjian hingga serah kunci, semuanya lancar!


KENAPA KENA PILIH SAYA?


izinkan saya perkenalkan diri.



Nama saya Faiz Aman. Saya adalah Perunding Hartanah Berdaftar di bawah Agensi Casa Realty. Saya sudah lebih 10 tahun berpengalaman dalam urusan jual beli rumah. Ramai client yang saya bantu berjaya jual rumah. Saya guide mereka dari A-Z terutama yang memang zero dalam bab jual beli & pelaburan hartanah.


Saya sudah membantu lebih 600 client membeli rumah sejak 2013. Saya sudah jumpa dengan macam-macam orang dari pelbagai latar belakang.




Saya sendiri adalah salah seorang leader dalam agensi ini di mana saya ada team yang hebat & agresif untuk pastikan target kami untuk bantu memudahkan lebih ramai owner dapat menjual rumah dengan segera & lancar. 






Alhamdulillah, saya baru sahaja dipilih sebagai Pemenang Anugerah Top Leader Champion untuk Tahun 2023 oleh agensi saya, Great Casa Realty. Ini adalah bukti bahawa saya bersama team komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada client kami.


Soalan Lazim (FAQ)


Adakah saya perlu bayar wang pendahuluan untuk fi agensi?
Tidak. Anda hanya perlu bayar fi agensi setelah jualan berjaya, dan ia diambil dari hasil jualan itu sendiri.


Bagaimana proses jualan rumah melalui ejen?
Setelah anda hubungi kami, kami akan lakukan kajian pasaran dan lawatan ke rumah. Kami akan urus segala pengiklanan. Anda hanya perlu menandatangani borang setuju jual dan perjanjian jual beli apabila ada pembeli.

Kawasan mana yang Encik Faiz cover?
Kami cover seluruh Selangor& Kuala Lumpur.

Adakah Encik Faiz ejen berdaftar?
Ya. Saya berdaftar dengan nombor REN 27056, dan bernaung di bawah Great Casa Realty. Kesemua proses yang saya jalankan adalah mengikut lunas undang-undang dan ketetapan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

LPPEH atau nama lainnya Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Properties Managers, adalah badan yang memantau aktiviti hartanah di Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.

Adakah Encik Faiz juga buat sewaan hartanah?
Ya. Saya juga buat sewa hartanah.

Apakah jenis hartanah yang Encik Faiz boleh bantu jualkan?
Saya bantu pemilik yang perlukan bantuan jual beli untuk hartanah jenis kediaman bertanah (teres, semi-d, banglo) dan kediaman tinggi seperti flat, pangsapuri dan condominium.


Hubungi Saya Sekarang

Tekan butang di bawah untuk menghubungi saya melalui Whatsapp. Saya akan beri PERKHIDMATAN KONSULTANSI PERCUMA untuk anda.